Internet & Elektronik Perdagangan {B2C,C2C,B2B} (Siri 2)
Posted by Smartboon | Posted in Internet & Elektronik | Posted on 26-11-2009
3
Alhamdulillah syukur saya pada Ilahi kerana memberi kesempatan kepada saya untuk membuat post terbaru saya selepas bertungkus lumus dalam projek untuk IPT saya semester depan. Baiklah, post @ artikel saya kali ini ialah membincangkan tentang EC untuk sambungan yang lepas. Apa yang saya nak kongsi kepada anda semua ialah, apa itu B2C, C2C dan B2B. Sebagaimana post saya yang lepas kita telah mengetahui yang mana EC itu ialah aktiviti urusan membeli dan menjual barang atau perkhidmatan melalui internet.
Dalam EC ini mempunyai tiga (3) jenis asas EC, iaitu, B2C, C2C dan B2B. B2C ialah singkatan daripada Business-to-Consumer dimana yang melibatkan jualan produk atau perkhimatan kepada pihak umum atau dengan katan lain kepada pihak pengguna terakhir. B2C urusan perniagaan yang tidak menggunakan orang tengah yang mana membenarkan pihak pengilang akan menjual barang secara terus kepada pengguna.
Untuk C2C, pula, ialah ringkasan daripada Consumer-to-Consumer. C2C ialah urusan menjual dan membeli barang yang melibatkan indavidu-individu menjual sesusatu barang kepada individu yang lain. Aktiviti ini selalunya terlibat dalam bentuk pengiklanan lelong versi eletronik. Pada masa yang sama juga, Barangan yang di gambarkan dalam laman web jualan akan akan menarik minat kepada pembeli untuk membeli barang yang diingini serta membolehkan pihak pembeli berhubung dengan pihak penjual untuk membuat perundingan harga barang yang hendak di beli. Berbeza pula dengan pengiklanan lelong melalui jualan traditional, di mana pihak pembali dan pihak penjual lazimnya tidak pernah bejumpa bersemuka atau face-to-face semasa aktiviti tersebut.
B2B pula ialah singkatan daripada Business-to-Business. B2B lazimnya melibatkan sesuatu jualan barangan atau perkhidmatan dari satu perniagaan kepada satu perniagaan yang lain. Bentuk perniagaan jenis ini di panggil Manufacturer-supplier relationship. Contonya, pengilang perabut meminta bahan mentah daripada pihak pembekal seperti kayu, cat, bahagian-bahagian perabut dan sebagainya. Dalam EC B2B, pihak tempat pengilang dalam eletronik akan selalu berurusan dengan pihak pembekal dan banyak segala aktiviti pembayaran banyak masa yang di buat dalam eletronik. Yang paling popular B2B dalam EC ini ialah yang melibatkan bahgia-bahagian automobil termasuklah komputer elektronik dan penjagaan kesihatan.
Itulah antara tiga element asas dalam perniagaan EC yang mampu saya kongsikan untuk anda semua. Saya harap perkongsian ilmu ini memberi manfaat kepada anda semua.
Jika ada kesalahan fakta atau info boleh la berkongsi bersama dan jika boleh bagilah komen yang membina ye…
Ok sampai disini sahaja dulu artikel saya pada kali ini. Selamat membaca dan selamat maju jaya













hehe..aku pernah belajar mende-mende ni..ade lagi tue.. C2B..hehe
Saya terlupa nak masukkan C2B huhuhu… nanti ada masa saya masukkan… tq bro…
Tak pernah dengar istilah-istilah tu..
Thanks bro..perkongsiaan yang baik..
aleh´s last blog ..Selamat hari raya aidiladha