Selamat Menyambut Tahun Baru 2010
Posted by Smartboon | Posted in Panduan Blog | Posted on 02-01-2010
0
Selamat kembali kepada semua pembaca-pembaca setia Smartnoorzabiz.Com saya ucapkan. Setelah setahun kita bertungku lumus, mengerahkan tenaga, usaha dan macam-macam lagi peristiwa yang kita lalui sepanjang 2009. Segala peristiwa sepanjang tahun 2009 akan menjadi 1001 kenangan kita semua. Jika anda merasakan tahun 2009 adalah tahun yang sedih bagi anda, maka janganlah kita merasakan tahun 2009 itu tidak memberi apa-apa faedah kepada kita semua. Ini kerana boleh jadi, tahun 2009 yang lepas adalah tahun untuk menguji ketabahan dan kesabaran kita semua dalam kehidupan seharian kita. Dan dengan hasil kesabaran dan katabahan kita lalui 2009 itu, maka boleh jadi tahun baru 2010 ini adalah kejayaan kita yang kita tidak sangka-sangkakan.
Walaupun begitu, kita kita juga perlu berwaspada pada thun baru 2010 ini, kerana mungkin kita akan terkecewa sekali lagi seperti tahun 2009 jika kita tidak membuat persiapan untuk merancang sesuatu untuk berjaya dalam hidup kita. Kita juga selalu dengar bila saja tahun baru menjelang, sudah pasti ramai yang memasang AZAM BARU. Tapi sejauh manakah AZAM BARU yang di laksanakan? Menjadikah AZAM BARU yang di niatkan tu?
Memang tidak dinafikan, AZAM memang semua orang ada AZAM. Ada yang AZAM nak berjaya dalam hidup, AZAM nak tambah ilmu, AZAM nak buat baiki mutu prestasi dalam pekerjaan/pelajaran, AZAM itu, ini, begitu dan begini dan seumpanya. Tetapi kebanyakkannya, AZAM hanya tingal AZAm je
Kenapa fenomena ini berlaku? Kenapa ye?
Cuba kita fikir sejenak dan renung-renungkan…. Pada pandangan dari Smartnoorzabiz.Com, AZAM hanya terbengkalai di tengah jalan atau hanya hangat-hangat tahi ayam je bab kata pepetah Melayu. Ini kerana kemungkinan kita semua pada tahun baru awal tahun bersemangat, begitu hebat, kental, tapi di pertengahan tahun dah lemah smenagt balik kerana dah pun hilang FOKUS dengan apa yang kita rancang awal-awal tahun dulu. MATLAMAT yang di set dalam MINDA dan pun lari dari OBJEKTIF asal. Inilah antara sebagian punca-punca kegagalan kita semua dalam mempertahankan AZAM yang kita NIAT awal-awal tahun. Pada masa yang sama kita dah pun macam tak YAKIN pada diri sendiri dengan apa yang kita rancanng.
Pada pandangn Smartnoorzabiz.Com setiap kali tahun baru atau pun setiap apa jua segala pergerakan kita yang ingin di lakukan, kita mestilah mempunya MATLAMAT YANG JELAS, MINDSET YANG BETUL, YAKIN PADA DIRI SENDIRI, dan yang paling penting ialah FOKUS. Jika kita betul-betul buat dengan apa yang kita set dalam minda, Smartnoorzabiz.Com sangat PERCAYA dan YAKIN segala MATLAMAT yang kita rancang awal-awal tahun sudah pasti hasilnya BERJAYA dengan cemerlang mesti kita merasa puas hati
Kalau tak percaya cubalah….
tapi dengan syarat F.O.K.U.S. bunyinya apa??? yeeee tepat sekali FOKUS
Jadi itu sahaja dulu dari Smartnoorzabiz.Com berkongsi ilmu dan info untuk anda semua sebagai pembaca setia Blog Smartnoorzabiz.Com. Sehingga kita bertemu lagi di artikel yang akan datang dengan perkongsian info yang lebih menarik tetapi sempoiii :)
Apa-apa pun sebelum Smartnoorzabiz.Com mengakhiri tinta blog ni, Smartnoorzabiz.Com ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010 kepada anda semua sebagai pembaca setia blog Smartnoorzabiz.Com
SELAMAT MAJU JAYA….
Tinta Blogger,
Smartnoorzabiz.Com
P/s : Jangan lupa ye langgan artikel terkini Blog IT,Komputer & Pernigaan Elektronik dari Smartnoorzabiz.Com. Untuk mengelakkan anda dari terlepas post/artikel dari Blog Smartnoorzabiz.Com maka anda boleh masukkan email anda di ruang : Dapatkan up-date terbaru post melalui email.













